Tarikh Tayangan |
25 Disember 2014 |
Tempoh Tayangan | 1 Jam 46 Minit |
Pengarah |
Nik Amir Mustapha |
Terbitan |
Astro Shaw Sdn Bhd & Playground Productions Sdn Bhd |
Genre |
Sci-Fi, Komedi
|
Bahasa |
Bahasa Melayu |
Pelakon |
Bront Palare, Iedil Putra, Megat Sharizal, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani & Siti Saleha |
Yakin dengan apa yang pernah dilihatnya 15 tahun lalu adalah sebuah UFO, Berg (Bront Palarae) bersama empat rakannya memulakan pengembaraan ke lokasi yang sama untuk merakam objek tersebut dalam sebuah filem. Tapi rakan-rakannya sedang berada di persimpangan kehidupan masing-masing. Ijam, seorang pelakon yang terpukau dengan status selebriti telah menangguhkan perkahwinannya bersama Zelda, gadis yang sepatut menjadi bakal isterinya. Toyu, seorang guru yang tiada kepercayaan pada diri sendiri dengan bakat seni yang dia ada dan Ali seorang jejaka jalanan yang membela nasib diri dengan pelbagai cara kreatif dan unik. Pengembaraan mereka telah ditemukan dengan Sofia Jane, seorang pelakon sambilan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impiannya. Mereka kemudiannya menyedari yang pengembaraan itu lebih daripada apa yang mereka sangkakan.