Astro Shaw

Press Release
Cicakman 3 Press Release

28 January 2015

Cicakman 3 Press Release

Kuala Lumpur, 28 Januari 2015 – Dengan gabungan mantap barisan pelakon popular seperti Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz, garapan dua pengarah terkemuka tempatan Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar, serta kolaborasi studio-studio gergasi tanahair KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw; maka terhasilkan filem mega yang dinantikan ramai “Cicakman 3” yang bakal menggegar pawagam tidak lama lagi.

 

“Cicakman 3” mengekalkan genre aksi komedi dengan lawak jenaka yang lebih lucu dan bersahaja, aksi yang lebih mantap serta elemen drama yang menyentuh hati. Bandaraya Metrofulus pula dihidupkan semula dengan penggunaan CGI yang lebih kemas hasil kematangan artis-artis kesan khas visual di KRU Studios yang kini sudah masuk tahun yang ke 10 didalam bidang penerbitan filem.

“Cicakman 1 merupakan filem arahan saya yang pertama pada 2005. Ketika itu ramai yang skeptikal tentang projek ini dan tidak faham naskah yang ingin saya tonjolkan melalui konsep “zero to hero” iaitu seorang “loser” tetapi berjiwa besar yang didalam proses pembelajaran untuk menjadi adiwira. Eskperimen tersebut berjaya dan Cicakman 1 mendapat kutipan box office filem tempatan yang tertinggi pada tahun 2006. Kini, saya berani katakan Cicakman 3 merupakan naskah yang terbaik yang pernah saya arahkan bukan saja dari sudut teknikal tetapi yang lebih penting penceritaan yang baik hasil kerjasama dengan Ghaz serta pakar-pakar skrip dari tiga studio yang ternama di Malaysia” ujar Yusry Abdul Halim.

 

Menurut pengarah bersama filem Cicakman 3, Ghaz Abu Bakar “Gabungan dua pengarah didalam satu set penggambaran jarang berlaku di Malaysia. Walaubagaimanapun, Cicakman 3 merupakan filem yang besar dan ianya menjustifikasikan keperluan tersebut. Saya dan Yusry sering bertukar pendapat semasa penulisan skrip, penyediaan papan cerita, di lokasi penggambaran dan hasilnya memang cukup kemas dari pelbagai sudut”. 

 

Cicakman 3” mempertaruhkan Zizan Razak sebagai Man yang menjadi Cicakman baru bagi meneruskan legasi adiwira yang pernah dipopularkan oleh Saiful Apek. Selain dari Lisa Surihani dan Fizz Fairuz, filem ini turut dibintangi oleh Bell Ngasri, Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Adam Corrie dan pelakon cilik Rykarl Iskandar.

 

Pada sidang media yang sama, KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw turut mengumumkan kerjasama dengan Kit Kat sebagai penaja rasmi Cicakman 3. Nantikan “Cicakman 3” di pawagam berhampiran anda mulai 12 Mac 2015.

 

top
123movies