Suamiku, Encik Perfect 10!

Suamiku Encik Perfect 10! Official Trailer

Suamiku, Encik Perfect 10!
Tarikh Tayangan 22 Januari 2015
Tempoh Tayangan 2 Jam 4 Minit
Pengarah Feroz Kader
Terbitan Global Station & Astro Shaw
Genre Romantik, Drama
Bahasa Bahasa Melayu
Pelakon Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifli, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Jehan Miskin & Jasmin Hamid

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru. Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim, seorang model dan juga tunangan Zarief Danial selama tiga tahun menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara tentang perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Zarief Danial akhirnya mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru tetapi mengakui Zarief Danial mempunyai ciri-ciri lelaki ‘perfect 10’ yang diidaminya selama ini. Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief Danial. Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang diharapkan selama ini?

Exclusive Photos

top
123movies