Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Amir & Loqman Pergi Ke Laut Official Trailer

Amir & Loqman Pergi Ke Laut
Tarikh Tayangan 25 September 2014
Tempoh Tayangan 1 Jam 37 Minit
Pengarah Mamat Khalid
Terbitan Astro Shaw Sdn Bhd
Genre Aksi, Komedi
Bahasa Bahasa Melayu
Pelakon Shuib Sepah, Shuk Balas, Shoffi Jikan, Zarina Anjoulie, Sapri Ibrahim, Tengku Sariwani, Kaza, Rashidi Ishak, Nadia Mustafa, Khairul Nizam, Zambri, Isey, Daud, Miau-Miau, Daniel

Mengisahkan sepasang sahabat baik Amir dan Loqman yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil seperti kedai kredit kerana perlu membayar RM30, 000 seorang sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan. Cubaan mereka selalu gagal dek sifat mereka yang lurus bendul malah tak pernah tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah. Demi meneruskan kehidupan, Amir dan Loqman masing-masing bercita-cita untuk membuka sebuah restoran di tepi laut sebaik sahaja mereka berjaya keluar daripada kumpulan gengster. Pelbagai kejadian lucu berlaku di sepanjang misi terakhir mereka sehingga ada yang hampir membahayakan nyawa. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi untuk keluar dari kumpulan gengster? Apa yang berlaku dengan impian mereka untuk membuka restoran?

Exclusive Photos

top
123movies