OlaBola Bahasa Malaysia Logo

Barisan Pelakon

JC Chee sebagai Chow Kwok Keong

JC Chee sebagai

Chow Kwok Keong

Berusia 26 tahun dan merupakan kapten untuk pasukan kebangsaan. Dia juga pernah diangkat sebagai Pemain Pertahanan Terbaik Asia. Manakala kehidupan peribadinya, dia adalah anak sulung dalam keluarga dan memikul tanggungjawab besar terhadap keluarganya. Perjalanan karier Kwok Keong tidak semudah disangka apabila dia terpaksa memilih di antara tanggungjawab terhadap keluarga atau mengejar cita-cita dalam dunia bola sepak. Perlawanan menentang South Korea pada tahun 1976 merupakan memori pahit buatnya dan dia bersumpah melakukan sebaik mungkin untuk perlawanan kelayakan Olimpik pada tahun 1980.

Luqman Hafidz sebagai Ahmad Ali

Luqman Hafidz sebagai

Ahmad Ali

Pemain berusia 20 tahun dan meletakkan sepenuh hidupnya untuk bola sepak. Semangat bola sepak yang membuak-buak dalam dirinya menjadikan dia diangkat sebagai salah seorang bintang dan harapan dalam pasukan kebangsaan. Akan tetapi, kelebihan yang dimiliki membuatkan dirinya lupa diri dan terlebih yakin. Salah satu impiannya adalah untuk menjadi seperti idolanya, Samsul yang berjersi nombor 10.

Saran Kumar sebagai Muthu Kumar

Saran Kumar sebagai

Muthu Kumar

Berusia 22 tahun dan merupakan penjaga gol terbaik untuk pasukan kebangsaan. Cita-citanya terhadap bola sepak telah ditentang hebat oleh ayahnya. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang untuknya dalam mengejar impian, malah turut membuktikan bakat dimilikinya mampu membawanya pergi jauh dalam arena bola sepak.

Bront Palarae sebagai Rahman

Bront Palarae sebagai

Rahman

Merupakan seorang pengulas radio sukan dan sentiasa bersemangat dalam kerjayanya. Kesungguhan yang berada dalam jiwanya membuatkan dia sentiasa berfikiran positif tidak kira dalam apa jua keadaan.

Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Cai

Lim Jian Wen sebagai

Ong Tiam Cai

Menjadi pemain pengganti setelah ketiadaan pemain utama. Dia mempunyai sikap yakin, rendah diri, rajin serta sering menjadi penceria dalam pasukannya.

Eric Teng sebagai Eric Yong

Eric Teng sebagai

Eric Yong

Pemain berusia 20 tahun dan berasal dari negeri Sabah serta mempunyai latar belakang keluarga yang kaya. Dia telah dipilih oleh jurulatih untuk menjadi penyerang bagi pasukan kebangsaan. Pemilihan itu juga turut menimbulkan persaingan di antara pemain-pemain.

Marianne Tan sebagai Marianne

Marianne Tan sebagai

Marianne

Gadis moden berusia 25 tahun serta baru sahaja menamatkan pengajian di United Kingdom dan kini dia pulang ke tanah air untuk mengejar cita-cita sebagai seorang penerbit program televisyen. Namun, dia kecewa apabila pekerjaan yang diimpikan tidak semudah disangka dan terpaksa berdepan dengan kekangan wang. Kemudian, dia merancang untuk meninggalkan negara bagi memenuhi impiannya.

Katrina Ho sebagai Tan Siew Lee

Katrina Ho sebagai

Tan Siew Lee

Merupakan teman wanita kepada Kwok Keong. Dia mempunyai sikap yang baik hati, bertimbang rasa dan sering menjadi penyokong utama Kwong Keong.

Daphne Low sebagai Chow Mei Ling

Daphne Low sebagai

Chow Mei Ling

Merupakan kakak kepada Kwok Keong dan mempunyai penderian yang tetap. Dia sanggup mengetepikan masa depannya demi membantu keluarga meskipun dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik.

Mark Williams sebagai Harry Mountain

Mark Williams sebagai

Harry Mountain

Jurulatih baru bagi pasukan kebangsaan pada tahun 1980. Memiliki perwatakan yang sangat tegas dan jarang memberi pujian kepada pemain-pemainnya. Namun, dia berani tampil dengan strategi baru untuk pasukannya.

Mohamad Taufiq sebagai Mohammad Abu

Mohamad Taufiq sebagai

Mohammad Abu

Merupakan pemain tengah pasukan kebangsaan. Sikapnya mudah disenangi oleh orang lain dan sukakan keamanan. Tetapi, dirinya telah terlibat dalam satu pergaduhan dan akhirnya dia dihukum oleh jurulatihnya.

Frankie Lee sebagai Security

Frankie Lee sebagai

Security

Seorang pengawal keselamatan yang penuh berdedikasi dan sudah berkhidmat lama di stadium negara. Dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan permainan bola sepak setiap kali berlangsung di stadium tersebut.