Tarikh Tayangan |
11 Disember 2014 |
Tempoh Tayangan | 1 Jam 42 Minit |
Pengarah |
Bernard Chauly |
Terbitan |
Red Com Films, Global Station Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd |
Genre |
Romantik, Komedi
|
Bahasa |
Bahasa Melayu |
Pelakon |
Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Rafidah, Faizal Hussein & Josiah Hogan |
Kisah seorang wanita bernama Ifti Liyana yang jelita, berkarisma tetapi prejudis mencari erti kehidupanya sendiri dan cinta yang suci. Hubungan cinta Ifti dengan teman lelakinya Fredo terpaksa diputuskan kerana Ifti dapat tahu yang Fredo curang dengannya. Takdir telah menemukan Ifti dengan Nazmi pula. Perwatakan bersahaja Nazmi telah membuat Ifti terpikat padanya namun sekali lagi hati Ifti dikecewakan lagi apabila Ifti dapat tahu Nazmi sudah berkahwin. Manakala Bakhtiar, bekas suami kakak Ifti yang kini seorang duda, telah melamar Ifti untuk menjadi isterinya kerana dia merasakan Ifti orang yang terbaik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Apakah erti dan nilai cinta sejati kepada seorang wanita yang jelita dan berkarisma? Adakah cinta bermaksud untuk mengikuti permintaan keluarganya untuk mengahwini lelaki yang dibencinya atau untuk mengikuti hatinya untuk berasa lelaki yang diingini oleh hatinya?