Tarikh Tayangan |
23 Mei 2013 |
Tempoh Tayangan | 1 Jam 35 Minit |
Pengarah |
Helmi Yusof |
Terbitan |
Califwork Studio Sdn Bhd |
Genre |
Komedi, Drama
|
Bahasa |
Bahasa Melayu |
Pelakon |
Zizan Razak, Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amirul Affandi, Sufian Mohamed, Pornwipa Watcharakaroon, Julangtip Sukkasem |
Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian dan impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah menawarkan diri sendiri untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.
Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermulalah pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi. Apa akan terjadi pada Bidin Al Zaaifa? Dapatkah dia mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penunggang sejati motor berkuasa tinggi?