Penanggal

Penanggal Official Trailer

Penanggal
Tarikh Tayangan 28 November 2013
Tempoh Tayangan 1 Jam 40 Minit
Pengarah Ellie Suriaty
Terbitan Astro Shaw Sdn Bhd
Genre Klasik, Seram
Bahasa Bahasa Melayu
Pelakon Ummi Nazeera, Zul Ariffin, Azri Iskandar, Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Jeff Omar

Penanggal merupakan sebuah filem tentang cinta, kematian dan kengerian di sebalik ilmu hitam. Filem ini berkisar seorang wanita naïf bernama Murni yang diperturunkan ilmu ‘penanggal’ tanpa kerelaan hatinya. Ke mana sahaja Murni pergi pasti akan ada kematian sama ada peristiwa itu berlaku di bawah atau tanpa kawalannya. Murni ditakdirkan melalui kehidupan yang penuh cabaran dan kesunyian akibat ilmu penanggal yang diwarisinya. Murni juga terpaksa berdepan dengan penduduk kampung yang semakin marah dengan kejadian demi kejadian di kampung mereka. Murni diselamatkan oleh seorang peniaga Arab bernama Syed Yusof sewaktu Murni dipukul teruk oleh penduduk kampung. Murni mulai jatuh cinta dengan Syed Yusof apabila Syed Yusof datang mencarinya atas alasan untuk memastikan seorang wanita yang lemah benar-benar selamat. Murni cuba menarik perhatian Syed Yusof dengan menggunakan apa sahaja cara yang diketahuinya. Dalam masa yang sama, keinginan Murni untuk melakukan pembunuhan demi pembunuhan semakin membuak-buak tanpa mampu dikawalnya. Sementara penduduk kampung pula bersepakat untuk mencari Penanggal yang semakin berkuasa di kampung mereka. Murni akhirnya meminta untuk mati di tangan Syed Yusof walaupun Syed Yusof cuba menyedarkannya untuk insaf. Apakah Syed Yusof berjaya menyelamatkan Murni? Dapatkah Murni merasai cinta yang didambakannya?

Exclusive Photos

top
123movies